Kerajaan Pulau Pinang memberi amaran kepada pemain dalam sektor harta tanah supaya tidak bertindak seperti dua pemimpin Umno yang didakwa mengaut keuntungan segera melalui aktiviti flipping .

Property flipping bermaksud penjualan harta tanah secara cepat setelah pembelian untuk mendapat keuntungan segera.

Ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, aktiviti itu sebagai contohnya dapat dilihat dalam urus niaga penjualan tanah segera yang dilakukan dua pemimpin itu melibatkan 30 orang penduduk di Kampung Terang pada tahun 2012.

Tambahnya, hasil penjualan itu memberi keuntungan sebanyak 60 peratus atau RM 5juta kepada mereka hanya dalam masa dua bulan setengah sahaja.

Kes itu pertama kali didedahkan oleh bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Abdul Halim Hussein.

NONE Beliau mendedahkan dokumen bukti menunjukkan penjualan tanah itu kepada pihak ketiga oleh ketua Umno Bukit Gelugor dan ketua pelaksanaan strategi BN Omar Faudzar ( kanan ) serta ketua Umno Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir.

Berdasarkan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia, kedua-dua mereka bertindak sebagai pengarah syarikat yang menjual tanah di Kampung Terang kepada pihak ketiga.

"Jangan jadi macam flipper Umno, sebab jika kamu lakukannya, kami akan kenakan levi dua peratus pada kamu," kata Lim dalam sidang akhbar semalam.

Omar dan Musa mengakui melakukannya, tetapi mendakwa melakukannya kerana syarikat mereka "disenarai hitam" oleh kerajaan negeri.

Lim berkata, levi yang dikenakan terhadap tanah dan rumah, akan dikenakan selepas dasar perumahan baru berkuat kuasa pada 1 Februari depan.

[Baca berita penuh]