Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Uskup rayu orang Melayu sokong Kristian guna 'Allah'

Ketua Uskup Tan Sri Murphy Pakiam merayu kepada golongan minoriti Melayu yang menyokong orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' supaya menyuarakan sokongan tersebut demi masyarakat Kristian.

Beliau merujuk kepada tinjauan oleh usat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menunjukkan bahawa 77 peratus responden Melayu percaya bahawa orang Islam patut mendapat hak eksklusif menggunakan kalimah tersebut, dan 11 peratus yang berpendapat sebaliknya.

"Kami tidak percaya bahawa warisan kerohanian umat manusia terbina atas pandangan satu spesies sahaja.

“Ia kelihatan seolah-olah kita terpaksa bergantung kepada 11 peratus saudara Melayu yang mewakili 1.6 juta jumlah sebenar, untuk menetapkan nada dalam wacan keamanan dan keharmonian Malaysia,” katanya.

Pakiam berucap di majlis sambutan Krismas anjuran Majlis Gereja Malaysia.

[Baca berita penuh]

ADS