Cagamas Bhd, Perbadanan Gadai Janji Nasional, mengumumkan terbitan akhirnya bagi tahun 2013, iaitu program Kertas Komersial Islam (ICP) tiga bulan bernilai RM500 juta.

ICP itu akan diterbitkan di bawah struktur Murabahah Komoditi Islam dan pendapatan daripadanya akan digunakan untuk membiayai pembelian pembiayaan Islam daripada sistem kewangan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terbitan ICP baharu itu akan menjadikan keseluruhan terbitan Cagamas bagi tahun ini berjumlah RM9.9 bilion, kira-kira dua kali daripada jumlah dalam 2012.

"Ekoran kebimbangan dalam keadaan pasaran yang tidak menentu disebabkan oleh keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada 19 Disember, dan faktor penutupan akaun akhir tahun, sambutan daripada pelabur terhadap terbitan ini tidak mencapai kadar purata langganan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bantuan, Rafiza Ghazali.

"Cadangan terbitan ICP tiga bulan kami menghadapi persaingan sengit daripada produk-produk perbankan yang menawarkan pulangan lebih tinggi, terutama deposit tetap bagi tempoh yang sama," jelasnya.

- Bernama