Wartawan tolak alasan teknikal KDN, demo terus
Kumpulan wartawan menolak alasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penggantungan The Heat bahawa mingguan itu hanya digantung sementara, bagi menunggu jawapan kepada surat tunjuk sebabnya diteliti.
Gerakan Media Marah (GERAMM), perkumpulan longgar petugas dan aktivis media yang menentang penggantungan itu berkata, alasan itu tidak boleh dipakai kerana permit penerbitan sebenarnya hak asasi yang dijamin perlembagaan.
Menurut mereka, tindakan berselindung di balik alasan teknikal itu j
elas menunjukkan kementerian tiada bukti kukuh untuk bertindak.
“Malah, tindakan itu menguatkan lagi tanggapan umum bahawa akhbar mingguan ini digantung akibat melaporkan perbelanjaan boros perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor,” kata GERAMM.
KDN semalam menjelaskan penggantungan The Heat hanya sementara dan mereka menjamin keputusannya akan dibuat dalam masa terdekat selepas meneliti jawapan kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan.
Kementerian juga berkata, mereka memandang berat tindakan “pihak-pihak tertentu” yang didakwa berterusan memburuk-burukkan kerajaan susulan penggantungan mingguan itu.
Dalam kenyataannya hari ini, GERAMM juga mengingatkan KDN kepada penegasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan-ucapannya yang menyokong kebebasan media selama ini.
“Jadi, amatlah malang, sekiranya KDN tidak menjadikan penegasan janji-janji perdana menteri ini sebagai landasan tindakannya,” kata mereka.
Demo Pensel Merah diteruskan
Kumpulan itu juga menegaskan, mereka tiada niat memburukkan kerajaan atau pihak berwajib dalam semua kempen yang dianjurkan sebaliknya hanya mengajukan tuntutan demi kemajuan negara dan kebaikan bersama.
Petisyen
lapan tu
ntutan GERAMM antaranya menuntut penggantungan
Sementara itu, kumpulan itu juga hari ini mengumumkan maklumat lanjut berhubung penganjuran demonstrasi mereka bagi menyatakan tuntutan itu, yang dinamakan Protes Pensel Merah, pada Sabtu 4 Januari ini.
Perhimpunan itu dirancang pada jam 2 petang di depan bangunan Majlis Peguam, Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur.
“GERAMM juga memohon kerjasama baik polis dan pihak berwajib agar memudahkan perjalanan Protes Pensel Merah agar ia dapat dilangsungkan dengan lancar dan aman,” katanya.
Demonstrasi itu antara aktiviti dianjurkan GERAMM selain kempen tweet #theheat setiap malam, forum dan memakai baju merah setiap Jumaat bagi menyatakan semangat setiakawan dengan The Heat.
Perkembangan kempen ini boleh diikuti di Facebook dan Twitter mereka.

