'Tanpa toleransi, Tahun Melawat M'sia 2014'
Diterbitkan: Jan 6, 2014 11:35 AM | Dikemas kini: Jan 6, 2014 3:44 PM
PKR Sarawak memberi amaran, tanpa toleransi agama dan protes terhadap agama lain boleh menjejaskan program Tahun Melawat Malaysia 2014 kerana pelancong asing mungkin takut untuk memasuki negara ini.
Bian diminta mengulas berhubung ancaman beberapa bahagian Umno dan NGO minggu lalu untuk memprotes penggunaan kalimah Allah dalam perhimpunan Ahad mereka.
“Lihat pada negara-negara yang tidak bertolak ansur dalam kebebasan beragama dan apa yang berlaku kepada negara-negara itu.
“Jika Malaysia terus tiada toleransi beragama, Malaysia akan menjadi seperti negara-negara itu yang tidak dilawati pelancong kerana bimbangkan keselamatan,” katanya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Ba'kelalan.

