Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MPMABKHST) menyatakan kekesalan mereka terhadap serbuan terhadap Persatuan Bible Malaysia (BSM) di Petaling Jaya pada 2 Januari lalu.

Majlis antara agama itu juga mendakwa ia melangkau perkara spesifik dalam perlembagaan yang menghalang bukan Islam daripada menyebarkan agama kepada orang Islam.

Menurut mereka, serbuan dan rampasan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Bible berbahasa Melayu di premis BSM sebelum ini “batal dan tidak sah”.

Tindakan bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 tidak mengendahkan mukadimahnya yang menyatakan ia digubal bawah Perlembagaan 11(4) Perlembagaan Persekutuan, kata MPMABKHST.

MPMABKHST berkata, jika terdapat pertentangan antara undang-undang peringkat negeri dan perkara dalam Perlembagaan Persekutuan, yang kedua harus diguna pakai kerana ia undang-undang tertinggi negara.

[Baca berita penuh]