Ahli Umno gesa PM lebih tegas dalam isu 'Allah'
Lebih 1,000 ahli akar umbi Umno berhimpun di ibupejabat Umno di ibunegara untuk menyatakan sokongan kepada pemimpin mereka, sambil menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya bertindak lebih tegas dalam isu bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Mereka dari Umno Pasir Salak, berhimpun di pintu masuk utama
ibupejabat Umno, dengan membawa sepanduk bertulis 'Allah just for Muslim, fight no fear, bertahan sehingga ke titisan darah yang terakhir'; 'Malaysia Melayu Punya Jangan Tak Faham Sejarah' dan Jangan Persenda Ketuanan Melayu'.
"Kami sokongan kepimpinan Perdana Menteri untuk mempertahankan kalimah 'Allah' yang suci.
"(Oleh kerana) kebiadapan pihak-pihak tertentu yang persendakan Islam guna (kalimah) 'Allah' dalam bible... kita tentang ini jihad kita," kata Setiausaha Penerangan Umno Pasir Salak, Azmi Ismail.

