Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam Umno kerana didakwa cuba mempolitikkan insiden kontroversi di negeri itu baru-baru ini, dengan menyalahkannya kepada parti pembangkang.

 

Pakatan Rakyat adalah pakatan pembangkang di peringkat pusat, manakala Umno merupakan pembangkang di Pulau Pinang.

 

"Jangan salahkan parti pembangkang apabila Umno yang memainkan api kebencian kaum dan agama, tidak seperti fokus pembangkang terhadap kenaikan harga gula, petrol, tarrifs kuasa dan tol lebuh raya," kata Lim.

 

Lim mengingatkan Umno bahawa kerajaan negeri tidak pernah menganjurkan sebarang demonstrasi.

 

Beliau berkata, pentadbirannya "teruk dikritik" apabila beliau menasihatkan supaya demonstrasi anti-kenaikan harga oleh NGO, ditangguh sehingga selepas Tahun Baru Cina.

 

Sepanjang 10 hari yang lalu, Lim berkata rakyat Malaysia menyaksikan suasana sentimen perkauman dan keganasan dalam insiden-insiden dihadiri pemimpin tertinggi Umno, wakil rakyat, ahli dan penyokongnya di Pulau Pinang.

 

Beliau menyenaraikan insiden-insiden itu termasuk dua perhimpunan membantah flash mob kankung anjuran ADUN PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon di Seberang Jaya - pada 18 Januari dan di Alma pada 19 Januari.

 

Di Seberang Jaya, timbul ancaman berulangnya rusuhan kaum 13 Mei, manakala di Alma pula, dua orang yang tidak dikenali diserang oleh beberapa peserta protes kerana didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman.

[Baca berita penuh]

Demonstrasi 'kangkung' bantah kenaikan harga

'Peserta protes Umno: DAP mau lagi 13 Mei?'

ADUN: Flash mob kangkung tak bermaksud hina sesiapa

ADUN: Flash mob kangkung tak bermaksud hina sesiapa

Protes 'kandar sayur' di PP hari ini