Insiden JDT vs T-Team dibincang Khamis ini
Insiden ketika perlawanan T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) Sabtu lalu akan dibincangkan dalam mesyuarat khas khas Khamis ini, menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Perkara itu disahkan oleh naib presidennya Datuk Affandi Hamzah, lapor Astro Awani .
Berdasarkan laporan awal Bernama , Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata mesyuarat itu akan dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah serta komisioner dan pengadil perlawanan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.
“Saya harap para media dapat bersabar sebelum keputusan muktamad diumumkan oleh FAM pada Khamis ini," kata Hamidin yang turut kesal dengan insiden tersebut.
Tambah beliau lagi, laporan perlawanaan dijangka diterima pihaknya selewat-lewatnya hari ini daripada komisioner perlawanan, Zainal Mukri sebelum mengambil sebarang tindakan.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata FAM perlu menjalankan siasatan terperinci berhubung punca sebenar T-Team tidak mahu meneruskan perlawanan.
Tindakan itu dipercayai akibat pemain import kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.

