PAS menyambut baik cadangan 'konsensus nasional' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas sebagai usaha merungkai serta menyelesaikan kemelut dalam negara.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata cadangan itu juga selari dengan keperluan muzakarah yang dilontar beliau dalam penggulungan muktamar PAS ke 59 yang lalu.

Justeru beliau menggesa Najib menyatakan terma-terma konsensus nasional, parti itu mengadakan perbincangan di kalangan pimpinan bagi meneliti berbagai aspek berhubung perkara itu.  

 

"PAS ingin menegaskan bahawa sebarang tujuan murni ke arah keharmonian dalam masyarakat adalah wajar diperkukuhkan, sebagaimana yang pernah disumbangkan oleh PAS menerusi berbagai jawatankuasa dan majlis perundingan negara," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Najib selepas mesyuarat kabinet pada 29 Januari lalu lalu menggariskan empat perkara dalam rekonsiliasi nasional dan akan bertanggungjawab sebagai ketua dalam mencapai matlamat demi kebaikan untuk negara.

Pengerusi BN itu berkata rancangan rekonsiliasi nasional itu berasaskan empat kunci utama, iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa dan melihat pada masa depan dan beliau akan mengetuai pelaksanaan perubahan demi harapan rakyat Malaysia.