Persoalan kini mula tercetus sama ada benar atau tidak Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) adalah "pertubuhan itu haram".

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang dimuatnaik dalam laman web rasmi telah mengeluarkan perkataan itu, kata Pengerusi Bersama Jatawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Andrew Khoo.

Beliau berkata kenyataan tersebut berlainan dengan satu lagi kenyataan pada 8 Januari lalu yang secara spesifik mengumumkan Comango adalah pertubuhan haram .

Dalam kenyatan kepada media dengan latar belakang panjang mengenai gabungan itu turut memasukkan ayat bahawa: “Comango dengan itu merupakan sebuah pertubuhan haram".

Bagaimanapun, ayat tersebut tidak kelihatan dalam kenyataan yang dimuatnaik dalam laman web kementerian itu.

[Baca berita penuh]