Parti Sosialis Malaysia (PSM)  mengumumkan tidak akan meletakkan calon untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang walaupun terdapat ura-ura ia akan turut bersaing.

Ini kerana, kata pengerusinya Dr Nasir Hashim, mereka tidak nampak keperluan terhadap perkara itu ekoran memaksa sebuah pilihan raya kecil (PRK) hanya membazirkan wang rakyat.

"PSM tidak berhasrat bertanding dalam satu PRK yang (puncanya) kami tidak restui.

"Dan (ia juga) sebagai sesuatu yang tidak patut diadakan apabila seorang ADUN meletak jawatan sewenang-wenangnya tanpa sebab," katanya.

Sementara itu, Dr Nasir juga berkata,  PSM tidak mahu memecahkan undi PKR atau dengan kata lain memberi peluang kepada BN.