Lelaki hilang di hutan lepas putus cinta
Diterbitkan: Feb 13, 2014 11:00 AM | Dikemas kini: Feb 13, 2014 12:01 PM
Polis melancarkan gerakan mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dilapor hilang di kawasan hutan Batu 6 dekat Sandakan dalam kejadian malam tadi.
Ketua Polis Sandakan ACP Rowell Marong berkata operasi itu yang dimulakan pada pukul 10.13 malam dihentikan kira-kira sejam kemudian dan bersambung semula pagi ini, membabitkan polis dan bomba.
Lelaki yang dikenali sebagai Tang Weng Liang, 30-an, dipercayai melarikan diri ke dalam kawasan hutan itu untuk membunuh diri selepas putus cinta dengan teman wanitanya, kata Rowell kepada pemberita selepas perhimpunan bulan polis Sandakan hari ini.
Katanya polis menerima laporan kehilangan Tang daripada keluarganya pada pukul 7 malam.
- Bernama

