19 yang dipecat kecam dakwaan jadi 'alat politik'
Sekumpulan pekerja kontrak PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) yang ditamatkan perkhidmatan, menafikan bahawa mereka diambil bekerja dalam anak syarikat pelaburan negeri Selangor itu atas campurtangan politik.
Wakil 19 bekas kakitangan PKNS itu, bekas pengurus kanan pemasaran, Alif Aiman ââ(bawah, berbaju hitam) mendakwa bahawa beberapa alasan yang diberikan bagi pemecatan mereka merupakan "fitnah".
"Sehingga kini, tuduhan bahawa kami diambil bekerja akibat campurtangan politik, kos sumber manusia sebanyak RM7 juta dan perbelanjaan perjalanan melampau sebanyak RM10 juta merupakan fitnah yang jelas," kata Alif (sebelah kanan) dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum itu, kumpulan tersebut mengadakan sidang akhbar di Jabatan Perusahaan Selangor, Kementerian Sumber Manusia, di mana mereka merancang untuk memfail rayuan terhadap pemecatan mereka yang mereka dakwa "tidak adil".
"Alasan perkhidmatan kami ditamatkan sering bertukar sejak hari pertama kemelut ini berlaku; daripada penyusunan semula organisasi kepada campurtangan politik dan seterusnya kepada aduan pemberi maklumat," kata Alif.
Tambahnya, kredibiliti pemberi maklumat adalah dipersoalkan kerana individu terlibat didakwa terpalit dengan "kes rasuah dan disiplin".
Rabu lepas, satu sumber dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata, ia satu langkah untuk "menghalang anak syarikat tersebut daripada digunakan sebagai alat politik oleh pihak-pihak tertentu.
Bercakap dalam satu sidang akhbar Khamis lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata PKNS "tidak boleh disalahgunakan", sama ada dari segi politik atau sebaliknya, tetapi enggan mengulas lanjut.
Khalid juga dilaporkan berkata beliau tidak akan membuat andaian bahawa ketua PKR Selangor, Azmin Ali bertanggungjawab dalam pengambilan kakitangan terbabit, sementara menunggu selesainya siasatan terhadap perkara tersebut.
Dalam aduan mereka kepada Kementerian Sumber Manusia, Alif menegaskan mereka hanya profesional yang menjalankan tugas dan tidak faham bagaimana khabar angin itu merebak.
"Sepanjang perkhidmatan kami dengan PKNS dan PHSB , kita telah membuktikan profesionalisme kami dan melebihi (indeks prestasi utama) sasaran KPI sebagai langkah produktiviti. Ini mengesahkan bahawa penyertaan kami telah bertambah baik syarikat itu , "kata Alif .
"Sepanjang perkhidmatan dengan PKNS dan PHSB, kami telah membuktikan profesionalisme kami dengan melampaui sasaran KPI sebagai kayu pengukur produktiviti yang mengesahkan bahawa penyertaan kami telah menambah nilai kepada perkembangan bisnes PKNS dan PHSB," kata Alif.
Katanya, ini sekaligus menyumbang kepada perlaksanaan sistem integriti korporat PKNS (2010-2013), mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah 50 tahun PKNS sebanyak RM420 juta (2011), melunaskan kesemua hutang PKNS dengan baki rizab tunai sebanyak RM350 juta (2012), penaiktarafan kredit PKNS daripada P1/A1 ke P1/AA3 oleh RAM (2012-2013) serta peningkatan imej menerusi pelbagai anugerah berprestij kepada PKNS di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa (Dubai, London dan Australia).
Beberapa hari selepas perkhidmatan pekerja kontrak itu ditamatkan serta-merta, Azmin turut mengecam Khalid dan menggesa beliau membatalkan surat menamatkan khidmat mereka dan meminta maaf kepada rakyat Selangor.

