Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan meneruskan kempen di DUN Kajang walaupun polis sedang melakukan siasatan ke atasnya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Anwar yang juga ketua pembangkang bertegas penganjuran kempen itu kerana tidak menyalahi sebarang Akta Pilihan Raya, lapor Sinar Harian hari ini.

"Kalau polis nak siasat pun siasatlah, lagipun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof cakap tidak salah dari segi akta pilihan raya.

"Saya ucap terima kasih kepada polis kerana program ini tidak diganggu," katanya seperti dalam dilapor akhbar itu.

Dalam laporan itu menyebut, Anwar berkata program yang dilakukan sekarang bukanlah kempen pilihan raya sebagaimana yang didakwa sebaliknya sesi penerangan kepada penduduk Kajang.

"Ini adalah sesi penerangan bertujuan menjelaskan tentang beberapa isu kepada orang Kajang dan bukannya kempen seperti yang didakwa.

"Tapi tak apa, orang Kedah kata lali dah. Biarlah mereka hendak cakap apa pun," katanya sambil menambah beliau bersedia memberikan kerjasama kepada polis.