MCA mengecam pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang kerana menyalahkan parti itu yang dikatakan memberi gambaran kepada Umno bahawa video MP Seputeh, Teresa Kok menyinggung perasaan orang Melayu.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan Lim sebagai "jahil" kerana video Teresa itu disebarkan bersama sarikata dalam bahasa Inggeris.

"...Lim menuding jari kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan diri saya dengan alasan video Kok difilemkan dalam bahasa Kantonis dan Mandarin, oleh itu pemimpin Umno tidak akan memahami kandungan video itu.

 

"Sindrom burung unta Lim telah membuat beliau menjadi jahil tentang hakikat bahawa video itu mempunyai sarikata dalam bahawa Cina dan Inggeris.

 

"Lim sepatutnya menjadi seorang ahli politik kanan yang dihormati, beliau tidak seharusnya menyalahkan kami dan menganggap kami 'berbisik kepada Umno' dengan alasan yang selemah itu," kata Wee.

Semalam Lim mencabar Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menunjukkan bukti dakwaannya bahawa video satira Teresa itu menghina kaum majoriti itu.

Dalam kenyataan yang sama, Lim menyalahkan 'xiao ren' (pengacau) dalam MCA dan Gerakan "yang telah mengelirukan menteri dan pemimpin Umno untuk mempercayai bahawa video Teresa itu adalah anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja-raja Melayu".

[Baca berita penuh]