NGO berkaitan PKR, PAHLAWAN, mendakwa bahawa juruterbang TUDM, Major Zaidi Ahmad dijadikan contoh untuk menakutkan semua anggota tentera daripada melaksanakan hak  mereka sebagai warganegara.

NGO itu berkata adalah tidak logik pihak tentera menggunakan undang-undang tentera yang umum yang sudah berusia lebih 40 tahun untuk menyalahkan Zaidi yang membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

PAHLAWAN yang dianggota veteran tentera dan polis serta diketuai oleh pemimpin PKR, Asri Buang, menggesa supaya digugurkan semua tuduhan terhadap Zaidi yang berdepan dengan hukuman penjara dua tahun jika didapati bersalah mengingkari arahan pegawai atasannya.

Asri berkata, penggunaan Akta Angkatan Tentera 1972 terhadap Major

Zaidi menunjukkan bahawa pemimpin tentera dan diarahkan oleh ahli politik.

Tindakan seumpama itu, tambahnya, adalah serupa dengan mengugut anggota tentera, untuk menakut-nakutkan mereka menjelang pilihan raya umum akan datang.

Presiden PAHLAWAN berkata demikian di mesyuarat agung tahunan NGO itu di Ampang hari ini.

Major Zaidi telah digantung daripada membuat penerbangan dan dihadapkan ke Mahkamah Tentera pada 7 Februari. Beliau mengaku tidak bersalah.

PAHLAWAN yang ditubuhkan pada September 2012, berkata ia meminta semua 8,000 ahlinya supaya menghulurkan bantuan kewangan kepada Zaidi dan membantah tuduhan yang didakwanya tidak adil.

Mereka mempertahankan bahawa Zaidi, seperti semua rakyat Malaysia, berhak untuk mengundi secara bebas dan adil dalam pilihan raya umum, bebas daripada ugutan.

Pihak tentera tidak boleh menafikan hak mana-mana individu untuk melaporkan sebarang atau kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Asri yang merupakan calon bagi kerusi negeri Sungai Ujong GE13.

[Baca berita Penuh]