Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengunduran Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akhir bulan ini selepas 33 tahun berada ditampuk kekuasan, telah mengundang pelbagai reaksi dalam BN.

Di kala anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam keadaan sedih, ahli parti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) pula berasa lega untuk menarik sokongan kaum Cina untuk mengundi BN.

Banyak pihak dalam SUPP menyifatkan prestasi buruk parti dalam dua kali pilihan raya lalu disebabkan polisi kurang popular Taib.

Ia melibatkan tanah, pembinaan empangan, pengurusan hutan, dan kontrak kerajaan dalam industri pembinaan serta perniagaan lain - daripada pengutipan sampah kepada pemonopolian pembekalan besi dan simen - yang telah memberi kesan kepada komuniti perniagaan kaum Cina secara khususnya.

Pada pilihan raya negeri 2011, SUPP kalah di 13 kerusi yang didominasi kaum Cina kepada pembangkang daripada 19 kerusi yang diperuntukkan kepada mereka.

Mereka menang dua kerusi majoriti kaum Cina, satu daripadanya menang dengan majoriti tipis. Tetapi di kawasan Dayak, mereka menang empat kerusi dengan majoriti yang besar.

Sementara pada pilihan raya umum 2013, SUPP kalah enam kerusi, semuanya di kawasan majoriti Cina tetapi menang di kawasan yang didiami oleh kaum Bidayuh.

[Baca berita penuh]

ADS