Maafkan saya, kata Waythamoorthy
P Waythamoorthy, yang baru meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, tampil memohon maaf kepada “masyarakat India miskin” kerana gagal melaksanakan program sosio-ekonomi yang dijanjikan.
Ketua Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) itu berkata, ia terutamanya pada masyarakat India yang menyokong BN berdasarkan janji-janji yang disenaraikan dalam memorandum persefahaman PHM bersama kerajaan.
Ekoran itu, katanya, kerajaan BN menang dalam pilihan raya umum ke-13, walaupun tipis.
“Saya pikul sepenuhnya sepenuhnya kegagalan untuk melaksanakan ikrar kita,” katanya.
“Dalam tempoh lapan bulan terakhir, saya dengan penuh tabah bekerja bersama PM untuk menjalankan program-program yang dipersetujui dalam perjanjian, tetapi kami tidak dapat menggerakkan walaupun satu perkara daripada perjanjian itu.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.