Belukar 1.2 hektar Lebuh Silikon Serdang terbakar
Diterbitkan: Feb 18, 2014 11:00 AM | Dikemas kini: Feb 18, 2014 11:10 AM
Sebahagian belukar seluas 1.2 hektar di Lebuh Silikon berhampiran susur keluar plaza Tol Universiti Pertanian Malaysia (UPM) menghala Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Serdang di sini terbakar kira-kira pukul 8.30 malam ini.
Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul berkata bomba menerima laporan kebakaran itu pada jam 8.39 malam tadi.
Dua buah jentera dari balai Bomba dan Penyelamat Serdang dan Shah Alam dengan tujuh anggota berkejar ke tempat kejadian namun sebaik tiba, api telah marak di kawasan belukar itu.
"Bagaimanapun punca kebakaran masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.
- Bernama

