Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Hanya tinggal tiga hari sebelum berlangsungnya mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA untuk menyemak semula ketetapan menolak jawatan menteri dan sekumpulan kecil ahli parti itu mengadakan protes duduk di ibupejabatnya hari ini bagi menentang EGM itu Ahad ini.

Menggelar diri mereka sebagai jawatankuasa tindakan akar umbi MCA, berkumpul di hadapan bangunan ibupejabat parti itu pada jam 11 pagi untuk memulakan protes.

Mereka juga memegang pelekat dalam Cina "Undi rahsia" dan "Pertahan

integriti parti", untuk menggesa kepimpinan parti itu menangguhkan rancangan untuk menerima jawatan dalam kabinet.

Salah seorang penganjur protes itu, Tong Ka Yan, mengancam untuk bermalam di bangunan tersebut sehingga EGM pada 23 Februari depan.

Ditanya bagaimana kalau bangunan itu ditutup pada waktu malam, beliau berkata: "Kita akan tinggal di luar bangunan itu, kita tak kisah walaupun digigit nyamuk. Ini adalah untuk parti!"

Awal bulan ini, MCA menerima sokongan daripada 80 peratus

perwakilan pusat untuk mengadakan EGM tersebut bagi memutuskan sama ada parti itu perlu menerima jawatan dalam kerajaan di peringkat kerajaan tempatan, negeri dan kabinet.

 

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata EGM itu perlu, berdasarkan permintaan perwakilan pusat, ahli perniagaan dan persatuan Cina, yang mahu MCA dalam kerajaan.

[Baca berita penuh]

ADS