Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) berkata, keputusan bersalah yang dijatuhkan mahkamah terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh kerana mengeluarkan kenyataan menghasut menunjukkan negara kini kembali kepada dasar kuku besi dan budaya penganiayaan politik.

"LFL amat mengambil berat dan terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Karpal bersalah kerana menghasut dan kini berhadapan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen.

"Ulasan kritikal atau bersifat politik bukanlah jenayah terutamanya dalam kes ini apabila Karpal hanya memberi pendapat perundangannya mengenai krisis perlembagaan 2009 di Perak dan ia sama sekali tidak wajar dianggap sebagai hasutan," kata pengarah eksekutif LFL, Eric Paulsen dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, walaupun kebebasan bersuara sifatnya tidak mutlak dan ada batasannya – seperti menolak tindakan menggalakkan keganasan dan ucapan berbaur kebencian – skop kebebasan bersuara sendiri sepatutnya perlu luas.

[Baca berita penuh]