Gereja Holy Family (HFC) Kajang hari ini menolak dakwaan menjalankan aktiviti politik dengan menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tempatnya Ahad lalu.

Rumah ibadat itu menjelaskan, undangan itu semata-mata demi keharmonian antara agama dan bukan bagi bertujuan menarik undi.

Paderi George Harrison berkata, inisiatif itu datang daripada anggota gereja dan dibenarkan kerana konsisten dengan misi mengeratkan hubungan Kristian-Islam di Malaysia.

“Saya bercakap dengan orang ramai berhubung jambatan dengan saudara Muslim kita dan acara itu dibenarkan kerana dicadangkan anggota gereja,” katanya kepada Malaysiakini .

“Ia bukan bermaksud menyokong mana-mana parti politik,” katanya.

[Baca berita penuh]