'Kassim Ahmad syaitan' dipamer pendemo
Plakad-plakad menarik dikesan dalam perhimpunan umat Islam di Masjid Negara Kuala Lumpur bagi mengecam kenyataan kontroversi sarjana Kassim Ahmad yang dianggap biadab dan menghina Islam.
Antara dipamerkan peserta, “Kassim Ahmad syaitan”, “Kassim Ahmad tempat laknat Malaysia...” dan “Kasim Ahmad Hina Ahmad”.
Ahmad merupakan nama lain kepada Nabi Muhammad.
Selain menyatakan keberangan dalam perhimpunan selepas solat Jumaat itu, dikesan juga plakad yang berbentuk humor seperti “Kassim Ahmad dah solat Jumaat ke?”.
Harakahdaily melaporkan, hampir 1,000 umat Islam berkumpul di Masjid Negara bagi mendesak tindakan pihak berkuasa terhadap Kassim.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi sasaran kritikan ekoran pendiriannya yang membela Kassim.

