Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa media dan media sosial supaya tidak memberi publisiti kepada penghasut yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan melampau.

Katanya, berkongsi kenyataan itu hanya memberikan publisiti yang mereka idam-idamkan.

“Kita tidak perlu kecam, jangan pedulikan mereka. Jangan beri mereka ke udara atau publisiti,” katanya

Menulis di blognya hari ini, Najib berkata, laporan berkaitan tindakan pelampau boleh memecahkan kepercayaan antara kumpulan etnik.

“Kamu patut tahu bahawa kumpulan pelampau ini lakukan dan katakan di media sosial adalah salah, jadi patutkah kita kongsi pandangan itu di atas talian?

“Jika kamu mahu kekalkan keharmonian negara ini, jangan biarkan penghasut kuasai kita!

"Lebih baik, jangan sampaikan berita insiden sebegitu kerana ia hampir pasti timbulkan ketakutan dan kebencian.”

[Baca berita penuh]