Amaran SYABAS: 3 juta pengguna terjejas
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) memberi amaran, cadangan kerajaan Selangor memotong bekalan air mentah kepada empat loji rawatan akan menjejaskan tiga juta pengguna.
“Cadangan kerajaan Selangor untuk mengurangkan bekalan air sehingga 500 juta liter sehari akan menyebabkan gangguan air kepada 770,000 isi rumah (tiga juga pengguna)...,” kata Pengarah Eksekutif (Pembangunan Teknikal) SYABAS V Subramaniam.
Dalam sidang media hari ini, Subramaniam berkata, SYABAS tidak dapat tampil dengan pelan kecemasan untuk skala sebesar itu dalam notis yang singkat.
Katanya, rancangan kerajaan negeri untuk memulakan catuan hari ini tidak boleh dilaksanakan kerana tidak diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span).
Bagaimanapun, Subramaniam mengakui bahawa catuan perlu dilakukan ekoran paras air yang rendah.

