MCA: DAP perlu lebih berani tuntut jawatan MB
Setiausaha MCA Selangor Ng Chok Sin mahu DAP menuntut hak menjadi menteri besar Selangor kerana DAP lebih layak menuntut kerusi itu selepas memenangi 15 kerusi DUN berbanding 14 oleh PKR pada pilihan raya umum lalu.
"DAP sepatutnya mempunyai keberanian bekerjasama dengan PAS untuk melobi jawatan MB daripada PKR yang angkuh...
"Saya mendesak DAP lebih berani kali ini, berhenti mengecewakan pengundi Selangor serta berkata tidak kepada PKR sambil berlawan untuk jawatan MB untuk parti itu," kata beliau dalam kenyataan semalam.
Bagaimanapun Ng tidak memberi ulasan mengenai Seksyen 51(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menyatakan seorang menteri besar haruslah "berbangsa Melayu dan beragama Islam."
Tiada satupun dari 15 ADUN DAP beragama Islam.

