4 maut dalam nahas dekat Gua Tempurung
Diterbitkan: Feb 27, 2014 11:20 AM | Dikemas kini: Feb 27, 2014 11:29 AM
Empat orang maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran simpang ke Gua Tempurung awal pagi tadi.
Kesemua mangsa meninggal di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Kampar.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kampar pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.07 pagi dan terpaksa mengeluarkan mayat yang tersepit.
Identiti mangsa belum di kenal pasti.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.