Syarikat penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) menggantung tugas setiausaha agung Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) dan memecat tiga anak kapal, kata Nufam.

Ia susulan kepada 30 surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada anggota Nufam dan pemecatan presiden kesatuan, Ismail Nasaruddin.

Dalam kenyataan semalam, Nufam berkata setiausaha agungnya, Mohd Akram Osman yang juga merupakan ketua pramugara selama 25 tahun digantung kerana hadir ke satu himpunan Nufam dan mengedarkan pekeliling kesatuan menggunakan emel MAS.

Bagaimana pun, Nufam berkata himpunan di kementerian sumber manusia di Putrajaya pada 27 November itu diadakan sewaktu hari cuti Mohd Akram.

Nufam juga berkata MAS memecat tiga anak kapal lain kerana menghadiri himpunan itu sewaktu mereka cuti sakit.

[Baca berita penuh]