Menteri: Jepun boleh buat insinerator tepi hospital
Menteri kerajaan tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menangkis dakwaan pemimpin DAP bahawa satu projek pembinaan insinerator di Kepong bakal mengundang bahaya pencemaran kepada penduduk sekitar.
Beliau turut mencadangkan agar MP Serdang Ong Kian Ming mendapat maklumat lanjut terlebih dahulu, atau melawat negara Jepun yang menggunakan teknologi tersebut.
"Anda pergi ke Jepun, ia (insinerator) terletak di sebelah sekolah dan hospital.
"Kalau ada yang beritahu anda tak boleh bina insinerator di sebelah stesen minyak, saya fikir mereka membohong," katanya menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu.
Ong yang memetik satu kajian universiti tempatan semalam mendakwa tapak cadangan pembinaan di Kepong itu bahaya kerana ia terletak kurang 500 meter dari stesen minyak dan kawasan perumahan.
Abdul Rahman turut membidas kajian itu yang didakwanya ketinggalan zaman.
"Kerajaan tidak boleh beroperasi berdasarkan khabar angin dan tuduhan tak berasas, jika tidak, kita tak boleh urus negara ini," kata beliau yang juga ahli parlimen Kota Belud.

