Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

VIDEO

Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) Khalid Jaafar berkata gerakan seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukanlah aliran utama fahaman liberal.

Malah gerakan 'pinggir' seperti itu cuba mempergunakan dan merampas agenda liberal itu sendiri yang memperjuangkan institusi keluarga sejak kurun ke-16.

Khalid berkata agenda terbesar liberalisme ialah memajukan tamadun dan memastikan institusi keluarga itu kukuh seperti yang terbukti ketika zaman ketamadunan Islam dan Barat.

"Baca sahaja teks liberal yang penting. Mereka ingin tamadun itu berkembang. Apa kunci tamadun itu? Unsur terpenting ialah institusi keluarga.

"Mereka yang mahukan perkahwinan sama jenis ini anti itu dan terkeluar daripada faham liberal aliran utama.

"Mereka ini ingin merampas agenda liberal kepada agenda mereka. Kita jangan tertipu," kata Khalid dalam rancangan Bicarakini bersama Preiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdul Rahman, terbitan KiniTV.

Khalid menolak bahawa gerakan dan fahaman liberal di negara ini yang didakwa terlibat dalam gerakan LGBT, pluralisme agama dan sebagainya.

'Amina Wadud bukan John Locke'

Beliau yang juga bekas setiausaha akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata semasa dalam kerajaan pusat, turut menolak dakwaan pihak liberal Malaysia menyokong individu seperti Aminah Wadud yang kontroversi apabila menjadi imam wanita dan ikon liberalisme.

"Saya tak setuju itu, dia (Aminah Wadud) tak mewakili liberalisme. Dia bukan John Locke, dia bukan John Stuart Mill.

"Dia nak tafsir al-Quran, ulama jawablah dia. Nak mengatakan dia wakili liberalisme itu tak betul," kata beliau.

Sementara itu Abdullah Zaik mendakwa agenda Gabungan NGO Malaysia (Comango) merupakan antara ancaman terbesar terhadap umat Islam yang masih perlu ditangani.

Beliau mendakwa pihak liberal bersekongkol untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara sekular yang bertentangan dengan Islam.

"Tuntutan Comango, IFC Suram merupakan satu pakej dan tuntutan ahli politik sama ada pembangkang atau kerajaan merupakan satu pakej.

"Contohnya Malaysia ni, negara Islam atau sekular. Kalau mereka nak perjuangkan negara sekular, saya nak perjuangkan negara Islam," kata beliau.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS