Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pesawat terbang rendah, ekor terbakar'
Diterbitkan:  Mar 12, 2014 11:35 AM
Dikemaskini: 5:33 AM

Seorang petani mendakwa melihat satu pesawat dengan bahagian ekor terbakar terbang rendah melintasi Tumpat menuju ke arah laut pada kira-kira jam dua pagi Sabtu lalu.

Laporan Sinar Harian memetik kenyataan saksi, Ibrahim Konok yang mendakwa melihat api di bahagian ekor pesawat tersebut, dengan logo MAS.

“Logo MAS jelas kelihatan pada badan pesawat itu, ia terbang menghala ke arah pantai Sri Tujoh.

“Pakcik juga nampak api seperti ada kebakaran kecil di ekor pesawat itu. Ia jelas kelihatan kerana pesawat itu melintas di atas kepala pakcik,” katanya.

Ibrahim, 60 berkata beliau melihat kejadian itu ketika berehat semasa mengusahakan kebun cilinya pada dinihari itu.

Beliau melakukan kerja-kerja tersebut pada waktu malam kerana keadaan cuaca yang terlalu panas pada masa ini.

Beberapa orang saksi lain turut melihat kelibat pesawat terbang rendah di kawasan sekitar Kota Bharu pada kira-kira jam 1.45 pagi, lapor Sinar Harian.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS