Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun adalah jambatan terbaik bagi rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan kerajaan BN.

Mohd Shafie ( kiri ), yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata Chew mempunyai capaian terus kepada barisan Kabinet kerajaan Persekutuan, justeru memudahkan beliau memenuhi segala keperluan rakyat di Kajang berbanding calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penduduk Kajang memerlukan wakil rakyat yang dapat membantu mereka menangani masalah yang dihadapi, katanya ketika berceramah di pentas bergerak BN di Taman Koperasi Cuepacs malam ini.

Turut hadir Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Pengarah BN untuk PRK DUN Kajang Datuk Seri Noh Omar.

- Bernama