Kehadiran penumpang dalam kokpit pesawat melanggar peraturan dan dasar Malaysia Airlines (MAS), kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan itu Ahmad Jauhari Yahya.

Ahmad Jauhari ( kanan ) berkata demikian semalam ketika ditanya berhubung dakwaan pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid dan juruterbang lain yang membawa dua penumpang ke kokpit dalam penerbangan pada Disember 2011.

Fariq juga bertugas sebagai pembantu juruterbang untuk pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan ke Beijing Sabtu lalu.

“Kami menentang sebarang bentuk tindakan yang berkompromi dengan keselamatan pesawat, dan ini termasuk perkara itu.

"Ini sama sekali bertentangan dengan dasar syarikat,” katanya.

MAS bagaimanapun tidak mengesah atau menafikan kejadian yang dikatakan berlaku dalam penerbangan Phuket-Kuala Lumpur.

MAS juga berkata memandang serius perkara itu.

Bagaimanapun, tumpuan mereka kini bagi mencari pesawat MH370 yang hilang terlebih dahulu.

[Baca berita penuh]