Bagaimana ANDA boleh bantu pantau PRK Kajang
Kempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Kajang sedang berjalan dan kami mahu anda turut mengambil bahagian dalam projek penyumberan awam untuk mendokumentasikan penyelewengan pilihan raya yang disyaki berlaku.
Dalam pilihan raya yang lalu, salah satu daripada keutamaan Malaysiakini adalah untuk mendokumentasikan kesalahan pilihan raya kerana kami percaya media perlu bertanggungjawab dalam memastikan bahawa calon-calon yang bertanding dan ejen-ejen mereka bermain secara adil.
Bagaimanapun, wartawan Malaysiakini tidak boleh berada di semua tempat dalam satu masa dan dengan itu kami memerlukan bantuan anda untuk menyediakan foto, klip video dan keterangan lain mengenai kesalahan yang disyaki dilakukan.
Setelah anda mengumpul maklumat, anda boleh menghantarnya kepada kami dengan mengisi borang web yang mudah dan memuat-naik bukti.
Maklumat yang diterima akan diteliti dan disiarkan dan dikemaskini setiap hari.
Wartawan kami mungkin menghubungi penyumbang untuk mendapatkan maklumat lanjut jika perlu.
Kami berharap projek ini akan menggalakkan penyertaan awam yang lebih proaktif dan bermakna dalam proses demokrasi.

