Setiausaha Agung Pemuda MCA, Leong Kim Soon hari ini membidas MP BN Gerik Hasbullah Osman kerana "tidak sensitif" mengenai pendidikan bahasa ibunda di Malaysia.

Hasbullah dilaporkan menggesa kerajaan supaya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), yang dituntut oleh pendidik Cina.

"Hak kami untuk mengajar dan belajar bahasa ibunda kami yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan," kata Leong dalam satu kenyataan hari ini.

"Tidak harus ada percubaan untuk menghalang kami daripada mempertahankan hak kita dengan membuat kenyataan yang bercanggah dengan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan."

Leong berkata dasar kerajaan yang lemah, dan bukan masyarakat Cina, yang harus dipersalahkan kerana kekurangan perpaduan nasional.

"Jika kerajaan melayan setiap komuniti kaum secara berbeza dari segi keadilan, maka jelas keharmonian negara kita akan terjejas," kata Leong.

Bagaimanapun, beliau juga mengkritik kumpulan yang menuntut supaya pendidikan vernakular dilindungi, dengan menekankan bahawa pendidikan vernakular sudah pun menjadi sebahagian daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

 

[Baca berita Penuh]