Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Sumatera Utara, Indonesia pada 6.58 petang, semalam.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu ialah di 25km barat daya Permatang Siantar, Indonesia dan 233km barat daya Sabak Bernam, Selangor, lapor Bernama .

Bagaimanapun, gegaran itu tidak dirasai di Sabak Bernam, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Perkembangan kejadian gempa sedang dipantau.

Bahaya pada bot kecil

Sementara itu, agensi berita nasional juga melaporkan Jabatan Meteorologi menyatakan, angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga Selasa depan.

Jabatan itu kenyataannya memaklumkan tiupan angin dengan kelajuan dari 40kmsj serta ketinggian ombak mencapai 3.5 meter itu, berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Ribut petir yang berlaku di perairan Langkawi, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dan amaran ketampakan rendah kurang dari 5km di sekitar perairan sama dijangka berterusan.