Perubahan kecil arahan angin, berserta hujan sebentar pada sebelah tengah hari sebahagian besarnya di bahagian timur dan tengah pulau ini, menambah baik keadaan jerebu di Singapura pada Sabtu.
Angin berubah dari haluan timur laut ke timur, dengan itu meniup jerebu di bahagian selatan Johor berganjak jauh dari Singapura.
Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) melaporkan bacaan Indeks Standard Pencemaran (PSI) berada dalam julat sederhana sejak 6 petang hari Selasa.
Pada 9 malam ini, PSI 24-jam ialah 27-52 dan PM2.5 24-jam ialah 14-30 mikrogram per meter padu.
NEA menyatakan sejumlah tiga tompok panas dikesan di Semenanjung Malaysia dan 11 tompok panas di Sumatra pada Sabtu.
Kiraan rendah adalah disebabkan liputan awan dan sebahagian laluan satelit.
Dalam beberapa hari akan datang, hujan ribut di Singapura dijangka berlaku pada sebelah petang.
Keadaan berjerebu dijangkakan dalam beberapa hari akan datang pada lewat tengah hari dan petang sekiranya arahan angin berubah tiupan dari timur laut dan jika tompok panas di bahagian selatan Johor berterusan.
- Bernama
