Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong menyelar PKR setelah mendakwa parti itu menyebar risalah kempen yang memperkecil-kecilkan parti Cina itu.

Dalam sidang media di bilik operasi utama MCA Kajang hari ini, Wee ( kiri ) menunjukkan risalah berbahasa Cina yang mengkritik keputusan parti itu mahu menyertai semula kabinet.

Sebagai serangan balas, Wee mendakwa PKR ghairah degan kuasa sehingga mendorong ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim 'mencipta' pilihan raya kecil Kajang untuk menjadi menteri besar Selangor.

“Jadi kenapa perlunya pilihan raya kecil Kajang? Kerana Anwar terdesak mahu menjadi menteri besar.

“Kenapa dia mahu ke Putrajaya? Untuk jadi buruh? Nak proses pasportnya di sana?

“Dia mahu Putrajaya kerana mahu jawatan kerajaan,” kata Wee.

[Ikuti blog kempen Kajang]