Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kurup: Berdoa, jangan politikkan MH370
Diterbitkan:  Mar 16, 2014 7:26 PM
Dikemaskini: 12:13 PM

Isu kehilangan pesawat MAS MH370 tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Katanya, sebaliknya rakyat harus bersatu tanpa mengira fahaman politik, agama dan keturunan untuk berdoa agar urusan mencari dan menyelamat pesawat itu dipermudah.

"Di bawah Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) juga kami telah menganjurkan beberapa majlis doa yang disertai penganut pelbagai agama bagi tujuan tersebut," katanya pada majlis makan tengah hari sempena sambutan Hari Tao anjuran Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia di Kuala Lumpur.

Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan kru dalam penerbangan menuju Beijing dilaporkan hilang awal pagi 8 Mac lepas.  

Kurup berkata rakyat mesti sentiasa berwaspada terhadap unsur-unsur yang tidak bertanggungjawab yang mengancam keamanan, keharmonian, toleransi agama dan kestabilan politik.

"Ini bermakna semua pihak termasuk institusi dan badan-badan agama perlu memainkan peranan dan tanggungjawab bersama bagi menentang perkara-perkara yang menggugat ketenteraman negara," katanya.  

- Bernama

ADS