Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aishah: Spekulasi kaitkan bapa buat keluarga terluka
Diterbitkan:  Mar 19, 2014 12:00 PM
Dikemaskini: 6:58 AM

Aishah, anak perempuan juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, menyifatkan spekulasi media antarabangsa yang mengaitkan bapanya dengan misteri kehilangan pesawat itu melukakan hati keluarganya.

Menurut laporan beberapa portal berita Australia, Aishah 27, memberitahu kepada rakan-rakannya bahawa spekulasi mengenai bapanya oleh media antarabangsa tidak benar, laporan Utusan Malaysia hari ini.

"Semua spekulasi itu tidak benar dan tidak masuk akal. Dia seorang bapa yang penyayang terhadap anak-anaknya," katanya dipetik daripada Utusan Malaysia .

Laporan itu juga menyebut, difahamkan Aishah, siswazah jurusan senibina Universiti Deakin, Melbourne telah pulang ke tanahair untuk memberikan sokonga moral kepada ahli keluarganya.

Akhbar itu juga melaporkan, akaun sosial Instagram dan facebook gadis itu telah ditukar kepada tatapan peribadi, manakala akaun twitter beliau pula telah ditutup.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS