Kira-kira 15,542 restoran dijangka mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bila ia dikuatkuasakan mulai 1 April tahun depan, tiga kali ganda lebih daripada cukai perkhidmatan semasa akan dikenakan kepada pengguna.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat sewaktu sesi soal jawab, bawah skim GST, mana-mana restoran dengan jualan tahunan melebihi RM500,000 mesti mengutip cukai.

Sebaliknya, hanya restoran dengan jualan tahunan sebanyak RM3 juta atau lebih - atau 4,357 premis ketika ini - boleh mengenakan cukai perkhidmatan.

Ahmad kemudiannya memberitahu pemberita bahawa perkara ini tidak bermakna bahawa harga makanan dan minuman akan naik mendadak di restoran apabila GST - enam peratus dikuatkuasakan.

"Jika anda jangka harga meningkat enam peratus, itu tidak betul. (Ia akan meningkat) hanya 1 peratus lebih, seperti barangan makanan yang telahpun tertakluk kepada 5 peratus cukai perkhidmatan," katanya.

 

[Baca berita penuh]