12 kawasan masih IPU sederhana
Diterbitkan: Mar 20, 2014 10:00 AM | Dikemas kini: Mar 20, 2014 10:05 AM
Pada keseluruhan kualiti udara di seluruh negara bertambah baik pagi ini kecuali 12 kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 7 pagi.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 12 kwasan tersebut ialah Alor Setar (61), Bakar Arang (57), SMK Tanjung Chat, Banting dan Pelabuhan Klang, masing-masing (54), Tanah Merah (56), Nilai (52), Balok Baru (54), Kangar (60), ILP Miri (52), Miri (52), dan Labuan (51).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing.
- Bernama

