24 jam untuk Wan Junaidi minta maaf
Anggota Parlimen Ipoh Barat daripada DAP M Kulasegaran memberi amaran akan merujuk Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan Parlimen ekoran kenyataannya berkaitan rogol statutori.
Kulasegaran ( kanan ) berkata, beliau memberikan Wan Junaidi tempoh sehingga esok untuk menarik balik kenyataannya.
Wan Junaidi pada 18 Mac lalu berkata, orang bukan Melayu mungkin kurang sensitif dengan kes rogol di bawah umur berbanding orang Melayu yang beragama Islam dan tidak menerima fenomena anak tidak sah taraf.
“Tiada justifikasi untuk jawapan berbentuk ofensif dan tidak berasas itu.
“Satu-satunya pilihan untuknya, menarik balik jawapan itu dan meminta maaf,” kata Kulasegaran dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

