Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Masakan India tambat selera Mei Fun
Diterbitkan:  Mar 21, 2014 10:33 AM
Dikemaskini: 2:36 AM

Hidangan kari ikan dan daging kambing yang disediakan masyarakat India dalam beberapa majlis yang dihadirinya seringkali menyebabkan Datin Paduka Chew Mei Fun 'terlupa' jadual kempennya yang padat.

    

Calon BN pilihan raya kecil DUN Kajang itu mengakui menggemari masakan India sehinggakan susah mahu berhenti daripada menambah lauk setiap kali menjamahnya.

"Sepanjang saya berada di sini hampir sebulan, jadual saya sangat padat namun setiap kali saya dapat jemputan makan-makan dengan masyarakat India saya sangat teruja.

    

"Saya sangat suka masakan India, terutamanya kari ikan dan (daging) kambing, setiap kali saya makan kedua-dua hidangan ini pasti saya tambah lagi kerana sangat sedap," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk kaum India di Kajang semalam.

    

Turut hadir Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Dalam majlis itu, Chew memberi jaminan bahawa masyarakat India di Kajang tidak akan diabaikan sekiranya BN menang di kawasan ini pada PRK 23 Mac nanti.

    

"Pakatan Rakyat sentiasa memberitahu kepada penduduk di sini kata saya hanya tumpu untuk bantu masyarakat Cina... sebenarnya tidak, saya akan bantu semua penduduk di sini tidak kira kaum dan memastikan kebajikan anda terbela.

    

"Saya masih bujang lagi... oleh itu saya boleh lebih tertumpu kepada menyelesaikan masalah dan menjalankan tanggungjawab sebagai anggota DUN sekiranya anda semua memberi mandat kepada saya untuk memikulnya," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS