India kerah empat kapal perang
Diterbitkan: Mar 21, 2014 11:17 AM | Dikemas kini: Mar 21, 2014 11:19 AM
Tentera Laut India telah mengerahkan empat kapal perang - IN Ships Satpura, Sahyadri, Saryu dan Batti Malv di Teluk Benggala, Laut Andaman dan bahagian barat Kepulauan Andaman untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.
Serentak itu, pencarian ekstensif dari udara juga dijalankan melibatkan sebuah P 8I dengan pod Electro Optics/Infra Red (EO/IR), sebuah pesawat Hercules C 130J (dari tentera udara India) dan sebuah pesawat Dornier, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan hari ini.
Selain itu, sebuah P 8 I bersama sebuah pesawat Hercules C 130J ditugaskan ke Malaysia untuk pencarian itu.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.