Ahli perniagaan: Kami tak tahu mekanisme GST
Hampir separuh daripada ahli perniagaan tidak tahu menahu bagaimana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berfungsi, menurut laporan Dewan Bersekutu Perdagangan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM).
Laporan bertajuk “Keadaan Ekonomi Malaysia untuk Separuh Masa Kedua 2013” mendapati, sebanyak 47 peratus daripada 345 responden berkata mereka masih tidak faham bagaimana sistem itu berjalan.
Seramai 45 peratus responden mendakwa, mereka tidak tahu menahu berhubung pendaftaran GST bermula pada Oktober, yang juga boleh dibuat di atas talian, menurut laporan itu.
Tinjauan dijalankan awal tahun ini juga menunjukkan seramai 86 peratus responden berkata, kadar enam peratus sekarang sangat tinggi dan 41 peratus lagi mahu ia bermula dengan kadar tiga peratus.

