Bapa saudara Sultan S'gor mangkat
Diterbitkan: Mar 23, 2014 8:00 PM | Dikemas kini: Mar 23, 2014 8:09 PM
Bapa saudara Sultan Selangor Tengku Azman Shah, 84, mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat Shah Alam pukul 2.31 petang ini.
Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais dalam satu kenyataan hari ini berkata jenazah Tengku Azman telah dibawa ke Istana Alam Shah, Klang, kira-kira pukul 5 petang.
Beliau berkata jenazah akan disembahyangkan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah pada pukul 10.30 pagi esok sebelum dimakamkan di Makam Diraja, Klang dengan penuh adat istiadat Diraja Selangor.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.