Kualiti udara 17 kawasan sederhana
Kualiti udara di seluruh negara secara keseluruhannya adalah baik kecuali 17 kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 8 pagi.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 17 kawasan tersebut ialah Muar (54), Alor Setar (52), Bakar Arang (Sg. Petani) (56), Balok Baru (Kuantan) (56), Kg Air Putih (Taiping) (51), S K Jalan Pegoh (Ipoh) (52), Seri Manjung (57), Kangar (55), Perai (55) dan Seberang Jaya 2 (Perai) (54).
Tujuh kawasan lain ialah Universiti Sains Malaysia (55), Bintulu (52), Institut Latihan Perindustrian Miri (70), Sibu (51), Banting (60), Pelabuhan Klang (60) dan Kemaman (54).
IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).
Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.
- Bernama

