Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) “berpuas hati” dengan penjelasan yang diberikan oleh polis berhubung kehilangan aset seperti diketengahkan dalam laporan audit negara tahun lalu.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil “tanggungjawab” untuk menangani isu penggunaan aset oleh pegawai polis dalam mesyuarat PAC hari ini.

Khalid sendiri tampil di depan PAC hari ini selepas mendapat perhatian meluas ekoran pendedahan kehilangan aset bernilai RM1.33 juta.

Ia termasuk 159 hari, 49 pistol dan 29 kenderaan.

[Baca berita penuh]